Jenis dan Cara Penjagaan Rambut


Rambut..semua orang ada rambut..cuma jenis rambut sahaja yang membezakan. Rambut ni diberi gelaran sebagai mahkota seorang wanita, jadi sebagai aset yang berharga jangan pulak korang abaikan penjagaan rambut sebab ia harus kekal cantik, sihat, lebat dan hitam bersinar. Ada pelbagai jenis rambut bagi setiap orang. Korang tau tak korang jenis rambut yang macam mana?? Cara penjagaan rambut juga berbeza bergantung kepada jenis rambut.

Sama gak macam kulit, penjagaan mahkota berharga ini sangat penting dan perlukan belaian harian dan pastikan tidak terabai..Nanti kulit je cantik...rambut bermasalah..

Ok..meh Yuse kongsi dengan korang jenis rambut dan tips penjagaannya agar kekal sihat dan cantik.

1. Rambut Normal
Jika jenis rambut normal, kelembapan dan minyak yang dikeluarkan dari kepala tidak lebih dan tidak kurang sangat dan mudah dijaga.
- TIPS: Penjagaannya mudah. Hanya gunakan syampu setiap dua kali sehari dan gunakan perapi rambut untuk kekalkan kelembapannya.

2. Rambut Berminyak
Rambut jenis berminyak adalah disebabkan oleh kelenjar di bahagian kulit kepala yang aktif. Rambut akan nampak basah je..dan berminyak sekaligus apabila dipegang. Sekaligus akan membuatkan rambut dan kulit kepala cepat kotor. Bahkan liang pori di bahagian kepala juga akan mudah tersumbat disebabkan minyak yang berlebihan dan punca kepada rambut gugur.
- TIPS: Penjagaan untuk rambut berninyak ni dengan mencuci rambut dengan lebih kerap agar ia kekal bersih dan cantik.


3. Rambut Kering
PERHATIAN!!! Rambut kering akan menyebabkan rambut kelihatan kusam dan kering. Nak tau tak sebab apa?? Sebabnya kelenjar minyak yang kurang mengeluarkan minyak. Selalunya rambut jenis ini mudah kusut dan rosak di bahagian hujung rambut. Apabila terlalu kerap menggunakan pengering rambut dan syampu juga boleh mengakibatkan rambut mudah dan rapuh.
-TIPS: Bagi penjagaan rambut jenis kering ni..dengan membilas rambut dengan air dan menggunakan serum untuk rambut kusam agar rambut kekal lembap dan sihat.


Jadi..yang mana kategori rambut anda?? Yuse juga akan kongsikan tips dengan korang bagi rambut yang : 

1. Rambut berkelemumur /berminyak / bercabang / rosak
2. Rambut gugur dan lebatkan rambut.




0 comments:

Post a Comment

Like us on Facebook

Recent Posts