KISAH JATUH BANGUN DENGAN SHAKLEE

Kisah yang panjang..
Perlu scroll jauh ke bawah..
Kalau tak nak baca boleh lajukan scroll..
.
Jatuh bangun..jatuh semula bangun semula..
.
Dalam semua bidang yang kita ceburi memang ada jatuh dan bangun..semua ada risiko tersendiri..
.
Aku pernah jatuh dan jatuh dalam bisnes yang aku pilih sendiri. Aku pernah nekad, aku dah penat dan tak mahu lagi nak buat. Aku jatuh selepas arwah abah aku pergi...kekuatan aku dah pergi..aku hilang "sebelah kaki"..hilang "sebelah bahu"..aku hilang..
.
Dari situ aku perlahan lahan tinggalkan bisnes yang aku pilih sendiri. Aku dah tak buat sharing tentang kebaikan, aku dah tak join group group wasap yang sharing info dan tips, aku dah tak join kelas webinar dan aku dah mula tak dengar cakap upline. Waktu tu hati aku keras dan melawan. Samada waktu tu aku rasa aku sedih, kesal, marah,benci dan rindu..
.
Itulah jatuh aku..agak lama aku biarkan aku jatuh sendiri, bukan orang lain yang buat. Selepas 6 bulan berlalu, tiba tiba aku ditiupkan dengan perkataan bangun. Bangun lah Yuse, sampai bila nak duduk terjelepuk dengan rasa sendiri..dengan kata kata semangat upline yang selalu "kacau" aku..aku bukak semula buku order Shaklee..aku tengok semula target yang aku buat sebelum ni, aku bukak semula shaklee2u, aku tengok UV yang aku pernah dapat, aku scroll balik group wasap TSS, aku tengok list order dan list customer..
.
Esoknya aku bangun dan minta maaf dengan semua orang. Aku minta maaf dengan upline aku, guru aku.. Aku minta balik dia guide aku dari mula. Malu tu mestilah ada, tapi aku letak dalam kasut. Dari situ, aku bangun semula, aku tak bertatih dah..aku terus berlari lari anak dan lari ikut gear kaki..alhamdulillah, hasil keberkatan, hasil nekad dan push factor waktu tu, hasil kata semangat dari family, keluarga shaklee yang sapportive, bakal tunang terus ke bakal suami dan terus jadi suami, bff waktu itu, pesanan arwah dan semangat arwah..aku berjaya bangun dengan niat dan aku berjaya sampai sekarang bantu orang di luar sana dengan perkongsian, kebaikan, hasil kebaikan dan hasil perkongsian. 
.
Walaupun aku belum capai target yang aku nak..tapi aku rasa aku berjaya bangun. Bangun dari jatuh. Jatuh yang aku buat sendiri dan bangun yang aku nak bangun sendiri. 
.
Bila dah bangun sekarang, aku masih jatuh..jatuh bila ada customer beria nak set itu dan ini, aku dah sediakan dengan modal pinjaman dari suami dan upline, last minit tak jadi dengan alasan, parents, suami dan yang ada kaitan dah "hadiahkan" yang lain, ada yang kata tak jadi ambil sebab duit lari..hehhee..
.
Time ni kelakar..aku gelak dengan diri sendiri sampaikan suami pelik..dan aku cakap dengan diri sendiri.." ini mesti ada rezeki lagi besar Allah nak bagi ni, kejap lagi sampailah tu..". Sampaikan aku pernah taip keluhan ini dan share dengan upline aku..hikhikhik
Itu aku BANGUN.
.
Itulah kisah untuk #tsunamishaklee dan #10wave
Jatuh bangun seseorang tak sama. Tapi ini kisah kita.
Dengan niat nak bantu orang di luar sana dengan khasiat dan kebaikan supaya mereka sihat dan lebih sihat kerana Allah Taala.Amin




NAK JOIN KAMI??


CARA DAFTAR SHAKLEE


Sila hubungi Yuse untuk mendapatkan konsultasi dan cara yang betul untuk mendaftar Shaklee secara SAH !! Anda juga akan dapat "secret group shaklee" yang supportive dan dibimbing dari bawah untuk mulakan bisnes dan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Yuse. Sekiranya anda berada di sekitar  Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai dan Cyberjaya , Yuse merupakan PENGEDAR SHAKLEE ANDA di kawasan itu.

Cikgu Yuse
Ig @cikguyuse
Email :yusenazuinyusof@gmail.com / shakleespot@gmail.com.my
Call/sms/whatsapp: 0136406793
COD Area: Sepang,  dan KLIA
Pos Seluruh Malaysia


0 comments:

Post a Comment

Like us on Facebook

Recent Posts