NANAS BINA TULANG KUAT

Suka nanas tak? 
Yuse suka..dulu tak suka..sejak dah kahwin ni suka pulak kat nanas ni..hehhe
Tapi tak boleh makan dah..sebab sedang berjaga jaga.
Ok..tentang nanas.


Ananas comosus adalah nama botani kepada buah yang kita kenali sebagai nanas. Pokok nanas dikatakan berasal dari Amerika Selatan. Ia adalah buag tropika yang paling popular di dunia. Rasanya manis, berjus dan sedap. Paling penting buah ini amat menyihatkan dan berkhasiat. Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantam dan Pulau Pinang.





Christopher Columbus telah menjumpai buah nanas di kepulauan Guadeloupe pada tahun 1493, walaupun buah ini telah lama ditanam di Amerika Selatan. Dia telah memanggil buah nanas sebagai pina de endes yang bermakna ' pain (pine) orang Indian'. Manakala orang Indian di Amerika Selatan telah memanggil buah yang ditanam untuk dimakan ini dengan nama nana yang bermakna "buah yang hebat".

Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Nanas tergolong dalam buah bukam klimakterik iaitu hanya masak di pokok.


Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus dan kalium. Ia juga turut kaya dengan serat dan kalori. Nanas juga rendah lemak dan kolestrol. Kesemua zat yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu merangsang kesihatan yang baik.


Kandungan vitamin c yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menyerang virus yang menyebabkan batuk batuk dan demam selesema. Walaupun apabila anda telah dijangkiti dengan masalah kesihatan ini, buah nanas mampu membantu anda. Nanas mempunyai bromelain yang berkesan dalam menyaring batuk batuk dan melonggarkan mukus.


Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair bagi memastikan ia tidak terlalu berasid. Ia dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan. Selain daripada itu, disebabkan bromelain memiliki sifat sifat mencerna protein, ia mampu memastikan usus pencernaan lebih sihat.

Dikatakan juga nanas turur popular berikutan dengan kebolehannya untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung. Hakikatnya, jika memakan secawan nanas, anda pasti sudah mendapat kira kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekaligus memastikan gigi anda sihat dan kuat.


Kurangkan Sakit Artritis


Nanas juga dikatakan diketahui mampu mencegah pelbagai masalah kesihatan. Sebagai contohnya kemerosotan makular. Penyakit ini menyebabkan kehilangan penglihatan buat orang dewasa yang disebabkan oleh kerosakan retina. Dengan memasukkan nanas dalam pemakanan anda dikatakan mampu merendahkan risiko penyakit lebih kurang 36 peratus. Ini adalah kerana buah nanasmengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

Dikatakan nanas juga mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Oleh itu memakan nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang. Selain artritis, memakan buah nanas dikatakan mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom terowong karpal dan gout.


Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan dibahagian muka.


Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk  atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuslan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.


Itulah cerita nanas. Banyak juga khasiat nanas yang kita tak tahu kan. Tapi mampu ke kita nak dapatkan dan makan nanas yang betul betul cukup zat dan khasiat di dalamnya?? Jika nanas boleh bantu bina dan kuatkan tulang ia sama dengan fungsi Ostematrix Shaklee.


Kenapa Ostematrix Shaklee?

Nutrisi yang terdapat dalam Ostematrix berupaya membekalkan :

*1000 mg unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.


*400 mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkan tulang.


*400IU vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.



Anda memerlukan Ostematrix jika anda...

1: ibu yang mengandung,ibu yang menyusukan anak dan pernah melahirkan anak.
2: alergi terhadap sebarang bahan bahan tenusu
3: sering sakit kaki, lenguh, kejang kaki dan kebas
4: mudah letih,insomnia dan sukar bangun pagi
5: masalah pecah tumit kaki
6: gigi reput
7: PMS setiap bulan yang sangat teruk
8: sembelit
9: mengalami gejala osteoporosis (tulang reput)



CARA PEMBELIAN OSTEMATRIX

Sila hubungi Yuse untuk mendapatkan konsultasi tentang OSTEMATRIX yang PROMOSI MURAH ni. Anda juga akan dapat tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Yuse. Sekiranya anda berada di sekitar  Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai dan Cyberjaya , Yuse merupakan PENGEDAR SHAKLEE ANDA di kawasan itu.
Cikgu Yuse

SID 1116840
Ig @cikguyuse
Email : yusenazuinyusof@gmail.com / shakleespot@gmail.com.my
Call/sms/whatsapp: 0136406793
COD Area:
Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai, KLIA dan Cyberjaya
Pos Seluruh Malaysia      

0 comments:

Post a Comment

Like us on Facebook

Recent Posts